KUALA LUMPUR: Jumlah simpanan beras negara kini melebihi satu juta tan metrik dan mampu menampung keperluan domestik untuk tempoh lebih lima bulan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, bekalan beras negara kekal stabil walaupun berdepan cabaran bencana alam seperti banjir serta perubahan iklim yang menjejaskan pengeluaran hasil. Menurut beliau, simpanan tersebut merangkumi stok penimbal khusus selain bekalan dagangan semasa, sekali gus menjadi antara mekanisme penting kementerian…










