TAWAU: Inisiatif kerajaan menubuhkan Konsulat India di Sabah disifatkan mampu memberi manfaat besar kepada pembangunan dan ekonomi negeri ini. Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, dalam keadaan ekonomi global yang mencabar, Sabah tidak boleh bersikap tertutup sebaliknya perlu memperkukuh hubungan perdagangan dengan negara luar termasuk India. Beliau berkata, sokongannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu perlu dilihat dari sudut kepentingan jangka panjang terutama dalam usaha menarik…










