‘Selamat ulang tahun perkahwinan ke-46 Azizah’

‘Selamat ulang tahun perkahwinan ke-46 Azizah’

ANWAR Ibrahim memuatnaik gambar kenangan bersama isterinya, Wan Azizah Wan Ismail.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Terima kasih atas kasih sayang”.

Demikian hantaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim khas untuk isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sempena ulang tahun perkahwinan mereka ke-46.

Beliau berkata, Wan Azizah merupakan cinta hatinya yang setia mendampingi dalam setiap suka dan duka.

“Terima kasih atas kasih sayang, pengorbanan dan doa yang tidak pernah putus. Semoga Allah SWT terus memelihara dan memberkati perjalanan hidup kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Hantaran Anwar itu turut disambut oleh ucapan dari rakyat Malaysia yang mendoakan mereka terus bahagian dan dikurniakan kesihatan.

Pada 1998 iaitu selepas Anwar dipecat dari kerajaan dan ditahan, Wan Azizah merupakan antara yang membantu dalam penubuhan PKR pada tahun berikutnya

Wan Azizah pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri sewaktu Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan dari Barisan Nasional (BN) buat kali pertama.

Anwar dan Azizah berkahwin pada 26 Februari 1980 dan perkahwinan mereka diserikan dengan enam cahaya mata iaitu Nurul Izzah, Nurul Nuha, Ehsan, Nurul Iman, Nurul Ilham dan Nurul Hana. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN