SUBANG JAYA: Pengukuhan nilai ringgit ketika ini perlu diterjemahkan secara langsung kepada penurunan harga barangan import khususnya makanan, supaya manfaat kestabilan ekonomi dapat dinikmati oleh setiap pengguna. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, barangan import terutamanya makanan seharusnya ditawarkan pada harga lebih rendah selaras dengan peningkatan nilai mata wang negara berikutan perubahan kadar pertukaran asing. Katanya, langkah menurunkan harga barangan berkenaan penting bagi memastikan pengguna memperoleh…










