PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap penjualan snek popular dari Korea Selatan yang didakwa mengandungi ramuan berasaskan babi. Presidennya, Datuk Nadzim Johan berkata, produk ‘Olive Young Bagel Chips’ yang dijual secara terbuka di rangkaian farmasi tempatan didakwa mengandungi ramuan tidak halal. Bagaimanapun, beliau berkata, label terjemahan bahasa Inggeris pada bungkusan produk tersebut tidak menyatakan dengan jelas kandungan berkenaan, seolah-olah cuba menyembunyikan maklumat…










