Polis Kelantan hadkan permit jualan mercun, bunga api untuk sambutan Aidilfitri

Kelantan hadkan permit jualan mercun, bunga api untuk sambutan Aidilfitri

MOHD. YUSOFF MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis Kelantan akan mengehadkan pengeluaran permit jualan mercun dan bunga api sempena sambutan Aidilfitri, khususnya di daerah ini, bagi memudahkan proses pemantauan dijalankan.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, setakat ini proses permohonan permit masih belum dibuka kepada umum.

“Aidilfitri kali ini kita akan kawal sedikit selepas menerima rungutan daripada peniaga susulan sebanyak 176 permit diluluskan tahun lalu di Kota Bharu.

“Mungkin tahun ini antara 80 hingga 100 permit sahaja akan diluluskan. Bagi daerah-daerah lain di negeri ini, kita tidak mempunyai masalah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas dan Pemakaian Pangkat Anggota di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Mohd. Yusoff berkata, bagi sambutan Tahun Baharu Cina pula, sebanyak 45 permit menjual mercun dan bunga api telah diluluskan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, satu pasukan khas akan diwujudkan untuk memantau penjualan mercun dan bunga api.

Katanya, Polis Kelantan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan berkaitan penjualan barangan tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN