Mindef buka ruang media sertai tentera simpanan

Mindef buka ruang media sertai tentera simpanan

MOHAMED Khaled Nordin pada Acara Pemakaian Pangkat bagi Lain-Lain Pangkat (LLP) Sukarela sempena Majlis Peluncuran Skuadron Rapid Rail 50 Rejimen Pakar Keretapi RAJD, Askar Wataniah, di Menara Prasarana, di sini hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pertahanan (Mindef) membuka peluang kepada pengamal media untuk menyertai pasukan simpanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kepakaran lain yang turut menjadi fokus termasuk sektor minyak dan gas, kesihatan, teknologi geospatial serta keselamatan siber.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah itu selaras dengan usaha kerajaan memperkukuh pasukan simpanan melalui penglibatan kepakaran profesional daripada pelbagai bidang strategik.

Katanya, langkah itu bagi memperluas ekosistem serta memenuhi keupayaan pertahanan negara agar kekal relevan dalam menghadapi ancaman keselamatan semasa yang semakin pelbagai dan kompleks.

“Kita menekankan bahawa soal pertahanan negara ini tidak boleh hanya diletakkan kepada Angkatan Tentera. Rakyat pun ada peranan.

“Jadi macam anggota media, mereka boleh main peranan dalam soal memberi kesedaran pada rakyat. Boleh ikut operasi yang dibuat jadi dia boleh tahu macam mana gerakan operasi yang dibuat oleh tentera.

“Soalnya Angkatan Tentera ini adalah institusi yang paling diyakini oleh rakyat. Kalau ini tidak dapat dibangunkan macam mana nak pertahankan negara. So peranan kamu (media), yang pandai menulis. Jangan tulis bukan-bukan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Peluncuran Skuadron Rapid Rail 50 Rejimen Pakar Keretapi RAJD, Askar Wataniah, di sini hari ini.

Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman; Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Azhan Md Othman dan Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Tan Sri Mohd Nasir Ahmad.

Mohamed Nordin melihat sokongan majikan dan masyarakat memainkan peranan penting, termasuk memberi ruang kepada pekerja menjalani latihan serta terlibat dalam menjaga fasiliti dan infrastruktur.

“Tetapi yang paling penting, saya percaya kementerian akan beri perhatian untuk kita mewujudkan ekosistem yang sesuai, yang berkesan bagi menyokong pembentukan tentera ataupun anggota-anggota simpanan.

“Bukan sahaja dari segi anggota, tapi kita mempunyai pasukan simpanan dalam pelbagai sektor terdiri daripada pakar-pakar dalam pelbagai bidang,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN