SEREMBAN: Sebuah premis yang memproses sisa plastik di satu kawasan industri di Senawang dekat sini diserbu anggota polis dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam Op Hazard E-Waste pada Isnin lalu. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, serbuan itu dilakukan oleh pasukan dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri bersama JAS negeri berikutan aduan orang awam. Katanya, pemeriksaan yang dilakukan oleh pasukan…








