PETALING JAYA: Polis sedang giat mengesan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes khianat dengan memecahkan 12 unit mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di kawasan Jinjang Utara dan Selatan, di sini. Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) suspek yang bertopi keledar masuk ke dalam kaunter dan memecahkan skrin mesin ATM menggunakan objek disyaki batu sebelum melarikan diri. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Basri Sagoni berkata, pihaknya menerima laporan kejadian…








