PN cadang tubuh RCI siasat penyelewengan RM1.11b

PN cadang tubuh RCI siasat penyelewengan RM1.11b

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang diketuai seorang bekas hakim mahkamah atasan perlu ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan penyelewengan melibatkan pelaburan berjumlah RM1.11 bilion.

Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, langkah tegas dan segera perlu diambil jika kerajaan serius dalam usaha memerangi rasuah dan salah laku hingga ke akar umbi.

“Rakyat berhak mengetahui kebenaran dan fakta sebenar. Angka RM1.11 bilion bukan kecil, selain merupakan dana awam dan melibatkan kepercayaan orang ramai terhadap integriti sistem pentadbiran kerajaan.

“Kegagalan bertindak tegas dan telus hanya akan menguatkan persepsi bahawa terdapat usaha untuk menyembunyikan atau melindungi sesuatu atau seseorang, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna kuasa melibatkan seorang bekas menteri di sebuah kementerian.

Ia membabitkan perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan sebuah syarikat luar negara yang didakwa membabitkan nilai hampir RM1.11 bilion dan dimeterai pada awal tahun lalu.

Susulan daripada itu, bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli membuat pendedahan bahawa bahawa SPRM akan melakukan satu serbuan ke atasnya susulan laporan berhubung penyelewengan melibatkan pelaburan berjumlah RM1.11 billion itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN