PETALING JAYA: Pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) mampu mewujudkan sistem semak dan imbang yang lebih sihat dalam pentadbiran tempatan. Penolong Setiausaha DAPSY Kebangsaan, Edmund Lim berkata, pilihan raya untuk Datuk Bandar dan ahli majlis bukan sekadar soal sistem, tetapi soal prinsip bahawa bandar dan komuniti seharusnya dipimpin oleh mereka yang dipilih oleh rakyat. Katanya, pemimpin tempatan yang dipilih secara langsung oleh rakyat akan lebih berhati-hati dalam membuat keputusan kerana…










