BESUT: Tamat perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak sembilan bulan lalu bukan alasan berehat di rumah sebaliknya menjadi titik permulaan buat seorang pesara terjun ke dalam bidang penternakan ikan keli. Mohd. Arikan Ali, 42, yang dahulu hidupnya hanya bertumpu mencurahkan bakti kepada negara berubah 360 darjah apabila bergelar pesara setelah 21 tahun berkhidmat. “Pada peringkat awal bersara, saya seperti terkena kejutan budaya memandangkan sebelum ini saya sibuk dengan tanggungjawab…










