PETALING JAYA: Seorang perunding dan pensyarah sambilan warga Amerika Syarikat (AS) kerugian RM664,278 selepas terpedaya dengan pelaburan tidak wujud dalam talian.
Laporan mengenai kejadian itu dibuat oleh suspek berusia 74 tahun pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, mangsa mengikuti skim pelaburan di aplikasi Moo Moo Chat dan berurusan dengan suspek seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp bagi berbincang berkenaan pelaburan dan seterusnya membimbingnya untuk memuat naik Aplikasi (Bos Pro) pada 26 November tahun lalu.
“Mangsa sudah melakukan transaksi ke dalam 11 akaun bank berlainan secara berperingkat berjumlah RM664,278.
“Pada 30 Januari lalu, mangsa cuba mengeluarkan wang keuntungan seperti dijanjikan, namun gagal,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, mangsa yang berasa ditipu tampil membuat laporan di Balai Polis Pudu untuk tindakan selanjutnya.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN










