KUALA LUMPUR: Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA) menghargai jasa dan sumbangan 13 ahlinya yang berusia lebih 70 tahun tetapi masih aktif, sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-55 persatuan itu di sini hari ini. Penghargaan tersebut diberikan kepada tokoh-tokoh wartawan wanita yang banyak mencorakkan dunia kewartawanan penyiaran dan cetak tanah air, antaranya penulis lirik dan skrip terkenal, Datuk Habsah Hassan; DJ, penerbit serta wartawan Bahagian Pembangunan dan Pertanian Radio, Norela Samad;…










