Bersatu digesa bertindak tegas terhadap serangan dalaman

Bersatu digesa bertindak tegas terhadap serangan dalaman

JASRI JAMALUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan segelintir pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang didakwa menyerang kepimpinan tertinggi parti disifatkan sebagai satu perkara yang mencurigakan dan tidak wajar berlaku ketika parti sedang berdepan cabaran politik semasa.

Menurut kenyataan bersama Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Jasri Jamaludin dan Mohd. Yazid Mohd. Yunus, kepimpinan parti digesa agar mengambil pendirian tegas terhadap sebarang usaha yang dilihat bertujuan melemahkan parti tersebut dari dalam.

Katanya, keadaan itu menimbulkan persoalan serius apabila serangan dalaman berlaku ketika ahli-ahli parti diminta memperkukuh kesatuan serta menyusun kekuatan bagi menghadapi landskap politik semasa.

“Ketika kita sepatutnya menyusun kekuatan, mengapa ada serangan dari dalam? Ketika ahli diminta bersatu, mengapa wujud gerakan yang dilihat melemahkan presiden parti sendiri?” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut mereka, persoalan itu menjadi semakin serius apabila nama Timbalan Presidennya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin sering dikaitkan dengan dakwaan kewujudan gerakan berkenaan.

“Jika benar beliau tidak terlibat, maka beliau wajib tampil menafikan secara tegas serta menghentikan sebarang usaha yang boleh mencalar kestabilan parti,” katanya.

Dalam kenyataan sama, mereka berkata, sekiranya wujud perancangan tersusun untuk melemahkan kepimpinan presiden, perkara itu tidak lagi boleh dianggap sebagai perbezaan pandangan, sebaliknya merupakan satu bentuk sabotaj dalaman.

“Malah, jika siasatan mendapati wujud pelanggaran terhadap Perlembagaan parti sama ada secara langsung atau tidak langsung, Hamzah seharusnya menunjukkan keberanian moral untuk berdepan tindakan disiplin.

“Jika benar prinsip parti telah dicabuli, beliau sendiri wajar menyerahkan mandat dan bersedia dipecat demi memelihara integriti Bersatu.

“Tiada siapa lebih besar daripada parti dan tiada jawatan yang kebal daripada tindakan,” katanya.

Menurut mereka, Bersatu tidak boleh bertolak ansur dengan politik bayang-bayang, percaturan tersembunyi serta sebarang gerakan yang melemahkan parti dari dalam.

“Jika perkara ini benar berlaku, maka itulah bentuk pengkhianatan sebenar terhadap perjuangan dan ahli-ahli parti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN