JOHOR BAHRU: Peralihan kepemimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang berlangsung secara harmoni antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar membuktikan kematangan gabungan politik tersebut. Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, peralihan kepemimpinan itu turut menunjukkan kekukuhan perpaduan dan kerjasama antara parti-parti komponen dalam PN.. Sehubungan itu beliau yakin, Ahmad Samsuri akan membawa PN ke tahap lebih tinggi khususnya dalam mendapatkan keyakinan rakyat menjelang…










