Penggunaan AI perlu undang-undang jelas, menyeluruh

PARLIMEN: Penggunaan AI perlu undang-undang jelas, menyeluruh

ANWAR Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Satu undang-undang tadbir urus yang jelas dan menyeluruh diperlukan bagi mengawal penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) supaya ia tidak menimbulkan risiko kepada masyarakat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu penting kerana ia melibatkan pelbagai peringkat termasuk pembangunan sistem, latihan model, pelaksanaan hingga pemantauan penggunaannya.

Katanya, kerajaan kini sedang meneliti kerangka sesuai termasuk aspek tanggungjawab, etika serta implikasi terhadap hak cipta supaya teknologi tersebut dapat dimanfaatkan secara selamat dan berhemah.

“Ia masih lagi di peringkat awal penggubalan (peringkat kementerian) dan tentunya akan diikuti dengan libat urus termasuk jawatankuasa khas Parlimen untuk meneliti dan membincangkan aspek yang mungkin tertinggal.

“Oleh kerana ia merupakan satu pendekatan dan ikhtiar baru, ia juga memastikan bahawa undang-undang yang ada sekarang harus terpakai dan boleh dilaksanakan jadi di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Rodziah Ismail (PH-Ampang) yang meminta menyatakan bagaimana Rang Undang-Undang (RUU) Tadbir Urus AI dapat menangani isu hak cipta dan harta intelek susulan penggunaan data berhak cipta dalam latihan sistem AI serta melindungi hak pencipta dan pemegang hak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×