Penganggur disyaki bunuh wanita terbaring depan sekolah

Penganggur disyaki bunuh wanita yang ditemukan terbaring depan sekolah

AHMAD SUKARNO MOHD. ZAHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang penganggur ditahan bagi membantu siasatan kematian wanita di hadapan sebuah sekolah di Jalan Sentul dekat sini, semalam.

Penahanan suspek berusia 46 tahun itu dibuat susulan penemuan mayat dalam lingkungan umur 50 hingga 60-an yang ditemukan terbaring dalam keadaan kepala berdarah pada pukul 7.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, permohonan reman dilakukan hari ini bagi siasatan lanjut.

“Bedah siasat mendapati mangsa mengalami luka sepanjang empat sentimeter (cm) di bahagian kepala sebelah kanan atas telinga serta bengkak di kelopak mata,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Sukarno berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN