SUNGAI PETANI: Dua individu termasuk seorang pendakwah bebas ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa membabitkan kelulusan dana berjumlah RM600,000. Menurut sumber, suspek seorang lelaki dan wanita berusia lingkungan 30-an ditahan kira-kira pukul 1 petang, semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Cawangan Sungai Petani. Mereka disyaki bersubahat menyalahgunakan kuasa meluluskan kira-kira RM600,000 sebagai balasan bayaran mengumpul dana sebuah institusi pusat pendidikan…










