Pelantikan Ahmad Samsuri cerminan fasa baharu politik PN - Utusan Malaysia

Pelantikan Ahmad Samsuri cerminan fasa baharu politik PN

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelantikan Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) bukan sekadar perubahan struktur organisasi, sebaliknya mencerminkan fasa baharu kematangan politik negara.

Malah, kepimpinan Pas dalam PN turut membawa pendekatan politik yang lebih matang dengan menumpukan penyelesaian dan bukan perbalahan. 

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, pelantikan tersebut turut menandakan peralihan daripada politik yang bersifat reaktif kepada politik yang lebih strategik. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selama ini Pas sering dilihat sebagai rakan dalam gabungan politik. Namun hari ini, Pas tampil memikul amanah lebih besar untuk memandu hala tuju PN dengan pendekatan yang lebih tersusun, inklusif dan berwawasan.

“Ia bukan soal dominasi, tetapi soal tanggungjawab untuk memimpin dengan hikmah dan kebijaksanaan demi kestabilan negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Haim berkata, keputusan kepimpinan tertinggi Pas yang tidak mengejar jawatan tertinggi dalam gabungan memperlihatkan budaya politik yang matang.

Katanya, langkah itu mendahulukan kesatuan daripada kedudukan dan amanah daripada kepentingan peribadi, sekali gus mencerminkan politik berprinsip.

“Tiada pertelingkahan dan tiada perebutan kuasa. Golongan ulama dan profesional bergerak seiring serta saling melengkapi. 

“Kekuatan Pas hari ini terletak pada kesatuan fikrah dan kesepaduan gerak kerja, sekali gus membentuk model kepimpinan yang stabil dan diyakini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini