ALOR SETAR: Seorang pelajar bukan sahaja cemerlang dalam keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang diumumkan hari ini, tetapi aktif dalam aktiviti masjid sehingga diberi kepercayaan mengimamkan solat di sebuah masjid di Anak Bukit, di sini. Pelajar Maktab Mahmud, Putera Haziq Akmal Mohd. Shahrul Akmal, 19, yang memperoleh keputusan Mumtaz Sofi (amat cemerlang) dalam peperiksaan itu juga bakal mengimamkan kariah masjid itu untuk solat tarawih sepanjang Ramadan tidak lama lagi. …










