Siew Ming turun dari bas. Dia teringat untuk masuk ke Pasar Pokok Pinang yang terletak tidak jauh dari situ terlebih dahulu. Sudah lama dia tidak singgah. Rindu pula rasanya. Sewaktu remaja dahulu dia pernah bekerja di sebuah pasar raya berdekatan situ, dan dia selalu masuk ke kawasan pasar tersebut untuk membeli nasi bungkus. Dia masih ingat betapa enaknya ikan keli goreng kunyit dan juga pelbagai sayur dimasak lemak. Semenjak Siew…










