BANGI: Pas menegaskan tidak wujud sebarang usaha untuk menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Perikatan Nasional (PN) mahupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sekali gus menolak spekulasi kononnya berlaku gerakan tersusun untuk memaksa Presiden Bersatu itu berundur daripada kepimpinan gabungan berkenaan. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, isu penyingkiran Muhyiddin langsung tidak dibangkitkan dalam Pemukiman Pas secara tertutup berlangsung tiga hari bermula Jumaat lalu. Beliau berkata, SPRM turut…










