Abdul Hadi tidak hadir mesyuarat di kediaman Muhyiddin?

Abdul Hadi tidak hadir mesyuarat di kediaman Muhyiddin?

Kediaman Muhyiddin Yaasin di Bukit Damansara malam ini menjadi tempat perbincangan semua parti dalam Perikatan Nasional.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak kelihatan hadir ketika beberapa pemimpin parti komponen Perikatan Nasional (PN) yang lain sudah tiba bagi menghadiri mesyuarat yang berlangsung di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini, malam ini.

Setakat pukul 10.15 malam, hanya Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), P. Punithan dan
Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai telah tiba untuk menghadiri pertemuan mesyuarat itj

Punithan yang tiba sekitar pukul 8.21 malam berkata, pertemuan berkenaan merupakan ‘mesyuarat pra-majlis’ menjelang Mesyuarat Majlis Tertinggi PN bagi membincangkan hala tuju gabungan tersebut.

Dominic Lau pula tiba pada waktu yang hampir sama namun tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media.

Mesyuarat antara pemimpin dalam PN dijangka membincangkan penstrukturan semula gabungan berkenaan serta cadangan pindaan perlembagaannya.

Mesyuarat malam ini dipanggil oleh Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak lama selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi PN turut dijadualkan berlangsung pada malam yang sama namun mesyuarat tersebut kemudiannya dibatalkan.

Difahamkan, Mesyuarat Majlis Tertinggi PN itu sepatutnya mengesahkan peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Pengerusi PN yang berkuat kuasa 1 Januari lalu, selain melantik pengganti bagi jawatan tersebut.

Bagaimanapun, Muhyiddin serta beberapa tokoh lain termasuk bekas Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Radzi Jidin dilaporkan tidak dijemput ke mesyuarat berkenaan atas alasan mereka telah meletakkan jawatan dalam gabungan itu.

Ini kerana Bersatu mendakwa Muhyiddin wajar dijemput memandangkan beliau masih Presiden parti itu dan secara konvensyen merupakan Timbalan Pengerusi PN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN