PETALING JAYA: Pas tidak berputus asa dalam menggesa usaha penyatuan ummah kerana percaya kebenaran akhirnya akan mencapai kemenangan walaupun mengambil masa. Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, usaha menghidupkan semula kerjasama politik sedia ada tetap meninggalkan kesan dan parut sekiranya tidak ditangani dengan hikmah. Katanya, pengalaman menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menyaksikan hasrat besar untuk menggabungkan tiga parti utama iaitu Pas, UMNO dan Parti Pribumi…










