Pas kena keluar dari politik kampung

Pas kena keluar dari politik kampung

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas perlu keluar daripada kepompong politik kampung dengan membuktikan keupayaan parti mentadbir dan memainkan peranan signifikan dalam politik negara.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, parti mempunyai seramai 197 wakil rakyat di seluruh negara yang merangkumi ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Kata Naib Presiden Pas itu, sudah sampai seru untuk Pas memainkan peranan yang lebih besar dan membuktikan keupayaan parti.

Tegasnya, Pas juga perlu melakukan refleksi diri terhadap cara kerja dan pendekatannya dengan pelbagai segmen masyarakat.

“Jadi kita kena keluar ke peringkat yang lebih terbuka, kalau nak jadi juara yang sebenar maka kena keluar.

“Tidak boleh bertanding di peringkat kampung sahaja, pandai main badminton tetapi main dekat kampung sahaja, tidak selesai. Nak jadi juara, kena keluar sama ada di peringkat negeri, persekutuan mahupun antarabangsa,” katanya dalam rancangan audiosiar yang dikendalikan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri berkata, beliau mengakui terdapat kelemahan di peringkat pembangkang yang boleh diperbaiki bagi menjadi sebuah blok yang efektif dan berkesan.

Beliau mengakui bahawa wujud tekanan yang dihadapi oleh ahli-ahli Parlimen terutama pembangkang, sama ada secara peribadi mahupun dari parti.

“Intimidasi-intimidasi ini yang memberi keperitan kepada ahli-ahli Parlimen dan saya rasa perkara ini tidak patut berlaku.

“Masih lagi ada penambahbaikan yang perlu dibuat dan Insya-Allah, saya beri komitmen bahawa inilah antara perkara yang kita akan perhalusi dalam PN untuk menjadi pembangkang lebih baik dan alternatif baik kepada kerajaan untuk masa depan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN