Pas angkat kaki keluar PN, jika isu Bersatu tidak selesai

Pas angkat kaki keluar PN, jika isu Bersatu tidak selesai

FADHLI Shaari sewaktu berucap dalam majlis Amanat Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) dan cadangan penyelesaian kemelut rumah anutan haram di Hotel Tamu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pas berkemungkinan keluar Perikatan Nasional (PN) jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih tidak menyelesaikan kemelut dalaman dengan segera.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Pas berkemungkinan terpaksa bergerak sendiri pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 jika kemelut Bersatu berpanjangan sehingga menjejaskan gerak kerja gabungan berkenaan.

“Jika perkara itu berpanjangan, saya bimbang Pas tidak ada pilihan lain melainkan terpaksa bergerak berasingan daripada Bersatu dalam PRU yang akan datang.

“Kita tidak mampu untuk membawa bersama satu parti yang masih diselebungi oleh dalaman yang tidak berkesudahan” katanya pada akhbar selepas Amanat Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) dan cadangan penyelesaian kemelut rumah anutan haram di sini hari ini.

Tambah Fadhli, pendirian tersebut dibuat sebagai maklum balas terhadap dakwaan bahawa beberapa pemimpin Pas sebelum ini memberi bayangan parti itu mungkin bertanding secara solo sekiranya kemelut pelantikan Pengerusi PN tidak diselesaikan segera.

Sebelum ini media melaporkan, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin menyatakan bahawa beliau mahu parti itu mempertimbangkan cadangan bergerak solo dalam PRU akan datang jika kemelut kepemimpinan PN tidak diselesaikan segera.

Selain itu, Fadhli menekankan Pas memandang berat kelewatan merungkai konflik dalaman Parti Bersatu kerana keadaan itu berpotensi menjejaskan kesiapsiagaan gabungan tersebut.

“Kita bimbang takut-takut kalau Bersatu tidak dapat membuat penyelesaian terhadap konflik dalaman mereka, ia akan mengganggu pergerakan dan persiapan kita menuju pilihan raya,” katanya.

“Bagaimanapun, Pas tidak akan campur tangan dalam urusan dalaman Bersatu, sebaliknya hanya mengharapkan penyelesaian segera demi kestabilan PN.

“Bagi pihak PAas kami tidak boleh campur tangan dalam konflik dalam Bersatu. Cuma kita boleh mendoakan dan mengharapkan supaya selesaikan dengan secepat mungkin,” katanya.

Dalam pada itu, Fadhli menyatakan Pas tetap komited memastikan jentera parti berada pada tahap kesiapsiagaan terbaik, namun akan menjadi sukar untuk bergerak bersama rakan gabungan yang masih bergelut dengan kemelut dalaman

“Kita tidak mampu untuk membawa bersama satu parti yang masih diselubungi konflik dalaman yang tidak berkesudahan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN