KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya memperuntukkan sebanyak RM700 juta bagi memperkasa kontraktor kecil tempatan menerusi program penyelenggaraan Jalan Persekutuan di seluruh negara tahun ini. Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, program berkenaan dijalankan melalui Majlis Tawaran Cabutan Kerja Undi yang membolehkan kontraktor kecil menyertai kerja-kerja penyelenggaraan jalan persekutuan secara adil dan telus. “KKR telah memperuntukkan RM200 juta di bawah Program Memperkasa Kontraktor Bumiputera G1 – G4 melalui kerja-kerja Penyelenggaraan…










