Guru tuisyen ditemukan terjatuh dari tingkat 17 kondominium

Guru tuisyen ditemukan terjatuh dari tingkat 17 kondominium

NAAZRON ABDUL YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang guru tuisyen maut selepas terjatuh dari beranda di tingkat 17 sebuah kondominium di kawasan Bandar Tun Hussein Onn, Cheras semalam.

Wanita berusia 24 tahun itu yang tinggal bersama keluarganya ditemukan terjatuh sebelum laporan polis dibuat pada pukul 3.06 petang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mempunyai masalah peribadi kemudian ditemukan dalam keadaan terbaring disahkan meninggal dunia. 

“Bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian adalah kecederaan pelbagai akibat jatuh dari tempat tinggi dan tiada unsur jenayah dikesan dalam kejadian ini. Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut  (SDR).

“Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh berhubung dengan balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Raqib Abu Bakar di talian 017-8806636 bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak polis juga menasihatkan masyarakat yang mempunyai masalah peribadi dan memerlukan bantuan untuk menghubungi talian Kasih 15999 atau berjumpa kaunselor yang bertauliah untuk nasihat selanjutnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN