ISKANDAR PUTERI: Paras air di semua empangan di Johor, berada dalam keadaan terkawal meskipun negeri ini tidak merekodkan sebarang taburan hujan sejak lebih sebulan lalu. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, setakat ini tiada empangan berada pada paras kritikal, namun beberapa empangan dikenal pasti berada pada paras rendah dan perlu diberi perhatian rapi. Katanya, empangan mencatat paras rendah ialah Empangan Upper Layang…










