Op Khas Motosikal: JPJ KL sita 26 motosikal, keluar 296 notis pelbagai kesalahan 

Op Khas Motosikal: JPJ KL sita 26 motosikal, keluar 296 notis pelbagai kesalahan 

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita 26 buah motosikal dan mengeluarkan sebanyak 296 notis atas pelbagai kesalahan dalam Op Khas Motosikal sempena Perayaan Tahun Baru Cina di Plaza Tol Batu, dekat sini semalam. - IHSAN JPJ WPKL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita 26 buah motosikal dan mengeluarkan sebanyak 296 notis atas pelbagai kesalahan dalam Op Khas Motosikal sempena Perayaan Tahun Baru Cina di Plaza Tol Batu, dekat sini semalam.

Operasi bermula dari pukul 6 petang hingga 10 malam dilakukan JPJ Kuala Lumpur diketuai Ketua Seksyen Pentadbiran  Penguatkuasa JPJ, Jasman Jamaluddin dengan kerjasama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT)

Pengarahnya, Hamidi Adam berkata, dalam operasi itu, sebanyak 889 kenderaan diperiksa dengan 101 daripadanya diambil tindakan atas pelbagai kesalahan dengan jumlah notis yang dikeluarkan adalah 296 notis.

“Kesalahan utama yang dikesan termasuk lesen memandu tamat tempoh atau tiada lesen, lesen kenderaan motor tamat tempoh, ketiadaan insurans, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan penggunaan cermin gelap yang tidak mematuhi peraturan. 

“Sebanyak 26 motosikal telah disita dalam operasi terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, JPJ Kuala Lumpur komited dalam memastikan keselamatan jalan raya dan mengurangkan kadar kemalangan, terutama semasa musim perayaan.

“Operasi ini adalah bukti komitmen JPJ dan rakan strategik untuk menjadikan jalan raya Malaysia lebih selamat,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN