Masalah kewangan dipercayai motif pembunuhan eksekutif bank

Masalah kewangan dipercayai motif pembunuhan eksekutif bank

POLIS membawa suspek untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan kes bunuh eksekutif bank di Kompleks Mahkamah Alor Setar, Kedah semalam. – UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Polis percaya masalah kewangan dan sikap baran suspek dipercayai menjadi motif pembunuhan tragis eksekutif bank di sebuah rumah di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini semalam. 

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kes tersebut susulan penahanan reman suspek berusia 29 tahun itu, hari ini.

“Suspek mempunyai masalah panas baran dan siasatan awal kejadian ini dipercayai berpunca akibat masalah kewangan. Bagaimanapun, kejadian ini masih disiasat,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, pihak polis juga sedang mengesan senjata yang dipercayai digunakan suspek untuk menikam mangsa yang juga ibunya dalam kejadian itu.

“Setakat ini usaha untuk mencari senjata itu sedang dilakukan. Hasil siasatan mendapati, hanya suspek melakukan kegiatan itu seorang diri,” katanya.

Akhbar ini melaporkan, mangsa, Zahrullail Basir, 52, ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman serta kesan luka dan lebam pada anggota badannya dalam kejadian pada pukul 8.45 pagi semalam.

Polis kemudian berjaya menahan suspek dipercayai merupakan anak sulung si mati dalam sebuah bas persiaran di Kilometer 441.5, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan dekat Selangor pada pukul 8.34 malam tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini