KUANTAN: Sebanyak lapan titik panas dikesan aktif di beberapa daerah utama di Pahang, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap risiko peningkatan kebakaran terbuka ketika negeri ini mula berdepan cuaca kering. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang, Datuk Mohd. Razam Taja Rahim berkata, titik panas tersebut dikenal pasti di Temerloh yang merekodkan jumlah tertinggi iaitu enam titik panas diikuti Pekan dan Bentong. “Lokasi terlibat di Temerloh merangkumi Kemajuan Tanah…










