KUALA LUMPUR: Kes kemalangan industri dan kemalangan perjalanan meningkat kepada 71,405 kes pada 2025 berbanding 66,574 kes pada 2024. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, peningkatan itu membabitkan lonjakan kes kemalangan industri sebanyak 1.4 peratus, manakala kemalangan perjalanan melonjak 13 peratus. “Perkembangan tersebut menuntut pelaksanaan langkah pencegahan yang lebih sistematik dan berfokus, selari dengan usaha memperkukuh keselamatan di tempat kerja serta perjalanan,” katanya pada Majlis Konvensyen…










