KANGAR: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menekankan kepentingan memperkukuh jaringan kerjasama antara kerajaan negeri dan Pusat bagi mengoptimumkan inisiatif sedia ada demi manfaat rakyat. Ketika berkenan menerima mengadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan selepas majlis perasmian Perlis International Sunnah Convention (PISC) 2026 di sini semalam, baginda turut menzahirkan harapan agar gerak kerja penerangan berkaitan industri halal diperluaskan dengan lebih efektif kepada masyarakat.…










