Malaysia, India seru pertempuran di Asia Barat dihentikan

Malaysia, India seru pertempuran di Asia Barat dihentikan

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia mengutuk pengeboman Israel terhadap Iran yang didukung Amerika Syarikat (AS).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendirian itu dinyatakan beliau ketika berhubung dengan Perdana Menteri India Narendra Modi hari ini.

“Perbincangan kami bertumpu pada perkembangan mutakhir di Asia Barat yang kian memburuk, apatah lagi di bulan Ramadan yang sepatutnya menjadi medan damai dan ketenangan,” katanya menerusi hantaran di akaun Facebooknya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perdana Menteri berkata, beliau dan Modi sepakat menyeru agar pertempuran segera dihentikan dan usaha digembleng untuk menjunjung suara damai, diplomasi dan dialog sihat.

Anwar berkata, mereka turut sepakat bahawa Malaysia dan India mesti berganding bahu memperkukuh suara kolektif di semua pentas antarabangsa termasuk di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan BRICS.

Beliau berkata, kerjasama padu itu menjadi semakin mendesak ketika dunia dirundung suasana ekonomi global yang kelam termasuk memberi kesan kepada aspek keterjaminan makanan.

“Insya-Allah Malaysia dan India akan terus memperkukuh iltizam bersama demi keamanan sejagat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini