Kedutaan Malaysia di Doha minta rakyat Malaysia waspada, peka perkembangan semasa

Kedutaan Malaysia di Doha minta rakyat Malaysia waspada, peka perkembangan semasa

SEBUAH peluru berpandu Iran dilancarkan dari kapal perang dalam ketenteraan di Teluk, 16 Februari lalu. - Foto AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kedutaan Besar Malaysia di Doha, Qatar mengeluarkan notis kepada rakyat Malaysia yang berada di negara itu supaya terus berwaspada dan mengikuti perkembangan semasa susulan situasi terkini di rantau Asia Barat.

Menerusi kenyataan bertarikh 28 Februari, rakyat Malaysia di Qatar dinasihatkan agar mendapatkan maklumat hanya daripada sumber-sumber sahih termasuk pengumuman rasmi pihak berkuasa Qatar dan Kedutaan Besar Malaysia.

Kedutaan turut mengingatkan orang ramai supaya mengelakkan penyebaran maklumat yang tidak disahkan bagi mengelakkan kekeliruan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam pada itu, rakyat Malaysia yang masih belum berdaftar dengan pihak kedutaan diminta berbuat demikian melalui sistem e-Konsular di pautan https://ekonsular.kln.gov.my/login

bagi memudahkan urusan sekiranya berlaku kecemasan.

“Sekiranya memerlukan bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi talian +974 3374 6733 (kecemasan sahaja) atau emel [email protected],” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kedutaan Besar Malaysia di Doha menegaskan komitmennya untuk terus memantau perkembangan semasa dan memastikan kebajikan serta keselamatan rakyat Malaysia sentiasa terpelihara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini