Ibu, bayi 10 bulan parah kereta terbalik akibat tayar pecah

Ibu, bayi 10 bulan parah kereta terbalik akibat tayar pecah

SHAHRULANUAR MUSHADDAT ABDULLAH SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Seorang wanita dan bayinya berusia 10 bulan parah selepas tayar kereta dinaiki mereka pecah sehingga menyebabkan kenderaan itu terbalik di Kilometer 19, Jalan Kluang-Batu Pahat, dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah berkata, turut terlibat dalam kemalangan pada pukul 2.40 pagi itu adalah suami wanita berkenaan yang juga pemandu kenderaan berkenaan.

“Ketika dalam perjalanan ke Parit Raja dari Batu Pahat, kereta dinaiki tiga beranak iaitu lelaki berusia 26, wanita berusia 41, serta bayi perempuan berusia 10 bulan, terbabas sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan awal mendapati kemalangan itu tidak membabitkan kenderaan lain sebaliknya disebabkan tayar pecah sebelum kereta itu hilang kawalan,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video berdurasi 53 saat berkenaan kemalangan yang didakwa berlaku di hadapan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di sini.

Video itu memaparkan beberapa pengguna jalan raya berlari ke lokasi kejadian dengan sebuah kereta yang remuk dan rosak teruk serta bahagian hadapan terbakar.

Tambah Shahrulanuar, pemandu lelaki mengalami kecederaan di tangan kiri manakala isterinya cedera di kepala, kedua-duanya dirawat di Zon Kuning Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

“Bayi perempuan pula cedera parah di kepala dan dirawat di Zon Merah hospital sama,” katanya, memberitahu siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini