KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin enggan mengulas mengenai kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.
“Kemudian,” katanya ringkas ditemui pemberita selepas menghadiri taklimat Jabatan Hal Ehwal Undang-Undang di Dewan Rakyat, hari ini.
Sementara itu, Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) berkata, keputusan berhubung perkara itu akan dibuat pada satu tarikh lain yang akan ditetapkan.
“Saya akan jawab soalan itu. Kita sudah memuktamadkan perkara tersebut pada peringkat Perikatan Nasional (PN). Itu yang paling utama, manakala perkara lain akan menyusul kemudian.
“Kita tidak boleh membuat semua keputusan sekali gus. Yang penting, kita sudah melantik Pengerusi PN,” katanya.
Sebelum ini, Lembaga Disiplin Bersatu memecat keahlian Hamzah kerana tindakannya melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan parti. – UTUSAN










