PUTRAJAYA: Kira-kira 130,000 buah kereta terpakai di negara ini dipercayai pernah terlibat dalam kemalangan serius, sekali gus mendedahkan pembeli kepada risiko ditipu sekiranya gagal membuat semakan sebelum membeli. Lebih membimbangkan, hampir 50 peratus daripada keseluruhan kereta yang disemak dilaporkan mempunyai unsur penipuan kondisi termasuk manipulasi bacaan meter perbatuan, sekali gus menggambarkan industri jual beli kereta terpakai masih dibelenggu amalan tidak beretika. Pengasas bersama platform semakan kenderaan SCRUT, Nik Muhammad Izwan…










