KOTA KINABALU: Polis masih mencari dua bahagian tubuh wanita yang mayatnya ditemukan oleh pekerja lori sampah di Taman Indah Permai di sini, kira-kira pukul 6.30 pagi Khamis lalu. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Ab. Rahman berkata, suspek yang ditahan ada memaklumkan mengenai lokasi pembuangan, namun usaha pencarian masih berjalan. Katanya, siasatan kes pembunuhan kejam wanita yang tubuhnya dikerat tujuh bahagian dan dibuang di beberapa lokasi…









