PETALING JAYA: Cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun tidak menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) seperti didakwa pembangkang. Menurut Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih Dan Adil (Bersih), Muhammad Faisal Abdul Aziz, jawatan Perdana Menteri merupakan jawatan berperlembagaan dan tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan termasuk dari segi pelantikan serta pelaksanaan fungsi. “Perkara 43(2)(a) memperuntukkan tatacara pelantikan Perdana Menteri oleh YDPA. “Ini menunjukkan sejak awal…










