BANTING: Had tempoh jawatan Perdana Menteri selama dua penggal atau 10 tahun akan bermula pada pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar berkata, prinsip itu penting bagi memastikan pindaan yang dicadangkan tidak dilihat menyasarkan kepemimpinan akan datang, sebaliknya bermula dengan kerajaan hari ini. “Ya, bermula daripada saya lah. Maknanya jangan saya buat undang-undang untuk orang lain. “Undang-undang itu mesti terpakai untuk saya dulu,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di…










