KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa Lim Guan Eng memang menerima sebuah beg mengandungi wang RM1 juta ketika masih memakai pakaian rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang. Perkara itu dinyatakan saksi pendakwaan ke-37, ahli perniagaan, G. Gnanaraja yang menafikan cadangan peguam bela, Ramkarpal Singh bahawa beg berkenaan tidak pernah diserahkan kepada tertuduh. Ramkarpal dalam soal balas berkata, adalah tidak masuk akal untuk Guan Eng pergi ke Publika,…










