KUANTAN: Cuaca mendung dan gerimis mengiringi jenazah lima sekeluarga ketika dibawa keluar menggunakan empat van jenazah dari pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, kira-kira pukul 3.10 petang hari ini. Proses bedah siasat mayat yang bermula petang semalam dan bersambung pagi tadi selesai kira-kira pukul 2.30 petang sebelum proses pengecaman oleh waris. Ketika jenazah dibawa keluar, kelihatan ada ahli keluarga yang tidak dapat menahan kesedihan sehingga terpaksa…









