Erdogan beri amaran kepada Netanyahu - Utusan Malaysia

Erdogan beri amaran kepada Netanyahu

GAMBAR fail Erdogan (kanan) dan Netanyahu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Presiden Recep Tayyip Erdogan membidas kenyataan terbaru Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan memberi amaran bahawa tiada negara atau pemimpin boleh mengugut Turkiye.

“Kepada pembunuh bayi yang menyasarkan saya dan negara saya di media sosial, saya ingin mengingatkan mereka sekali lagi tentang beberapa fakta (bahawa) Republik Turkiye bukanlah sebuah negara biasa,” kata Erdogan dalam ucapan kepada kumpulan parlimen partinya, sambil mengecam tindakan Israel di Gaza, Lebanon serta Iran.

Netanyahu menyasarkan Erdogan dalam satu hantaran di X pada Sabtu dengan menulis bahawa Israel di bawah kepimpinannya akan terus memerangi rejim Iran dan proksinya, tidak seperti Erdogan yang memberi ruang kepada mereka selain telah membunuh rakyat Kurdisnya sendiri.

Sebagai tindak balas, Kementerian Luar Turkiye berkata, rekod Netanyahu bercakap untuk dirinya sendiri menyifatkannya sebagai tokoh yang sering dibandingkan dengan bekas pemimpn Jerman, Adolf Hitler dalam era Perang Sunia Kedua.

Kementerian itu merujuk kepada waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang dikeluarkan pada November 2024 atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan. 

Pihak kementerian itu juga menyatakan bahawa Israel berdepan dakwaan genosid di hadapan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Erdogan bagaimanapun berhujah bahawa mereka yang menentang usaha Turkiye untuk menamatkan konflik keganasan berdekad lamanya kini tidak lagi menyembunyikan ketidakselesaan mereka terhadap proses tersebut.

Beliau  menyambut baik gencatan senjata selama 15 hari seperti diumumkan selepas 40 hari perang Iran, menyifatkannya sebagai satu detik kelegaan jarang berlaku sehingga membolehkan kedua-dua orang awam serta masyarakat antarabangsa ‘bernafas’ selepas beberapa minggu ketegangan yang meningkat.

Ankara terus berusaha mengurangkan ketegangan, memanjangkan gencatan senjata dan memastikan rundingan terus berjalan, kata Erdoğan.

Beliau menyatakan bahawa proses itu kini telah memasuki tahap yang sukar, khususnya berkaitan isu nuklear, ketika ketegangan kembali meningkat di Selat Hormuz. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN