Kerbau albino Donald Trump terselamat daripada korban - Utusan Malaysia

Kerbau albino Donald Trump terselamat daripada korban

SEEKOR kerbau Donald Trump terselamat daripada disembelih. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Kementerian Dalam Negeri Bangladesh terpaksa campur tangan pada saat-saat akhir bagi menyelamatkan seekor kerbau albino bernama Donald Trump seberat 750 kilogram daripada disembelih untuk ibadah korban.

Ini kerana  haiwan itu memiliki bulu seakan-akan Presiden Amerika Syarikat (AS) itu.

Haiwan unik itu mencuri perhatian ramai ekoran mempunyai gumpalan rambut berwarna perang keemasan di atas kepalanya. Ia merupakan gaya rambut yang sinonim dengan pemimpin itu. 

Selain faktor rambut, tekstur kulitnya yang berwarna merah jambu cerah turut membezakan kerbau tersebut daripada kawanan yang lain. Ia  sekali gus membuatkan seorang penduduk  menggelarnya Donald Trump.

Selepas gambar dan videonya tular di media sosial, haiwan berkenaan mula diserbu orang ramai yang tidak melepaskan peluang berkunjung ke ladang ternakan di Narayanganj, berhampiran ibu negara Dhaka.

Mereka datang semata-mata untuk merakam gambar kenangan bersamanya.

Kerbau albino itu pada asalnya sudah pun dijual kepada seorang pembeli untuk dijadikan ternakan korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha. 

Menteri Dalam Negeri, Salahuddin Ahmed mengeluarkan arahan rasmi supaya proses penyembelihan kerbau itu dibatalkan serta-merta atas faktor bagi mengelak kekecohan kerana ia menjadi tumpuan  masyarakat terhadap haiwan itu.

 Susulan arahan itu, wang bayaran diserahkan semula kepada pembeli asal, manakala kerbau berkenaan kini dipindahkan secara rasmi ke Zoo Negara di Dhaka untuk dipelihara. 

Seorang pegawai kementerian menjelaskan bahawa keputusan tersebut terpaksa diambil pada saat-saat akhir bagi mengelakkan sebarang isu keselamatan atau kekecohan, memandangkan tahap minat dan tumpuan yang diberikan oleh masyarakat terhadap haiwan itu terlalu luar biasa.

Pemilik kerbau berkenaan, Ziauddin Mridha mendedahkan nama pemimpin AS itu sebenarnya diberikan secara berseloroh oleh adik lelakinya selepas mereka menyedari keunikan pada bahagian rambut haiwan tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN