PUTRAJAYA: Pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 31, dibebaskan sementara oleh Mahkamah Rayuan di sini hari ini daripada menjalani hukuman penjara atas kesalahan merogol. Untuk rekod, pemohon yang dikenali sebagai Da’i Syed sudah menjalani hukuman selama 21 hari di Penjara Kajang selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Januari lalu menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan atas kes merogol seorang wanita, tujuh tahun lalu. Penggantungan pelaksanaan…










