PETALING JAYA: Seramai 36 individu dikehendaki polis diburu kerana disyaki terlibat dalam pelbagai kes jenayah serius termasuk bunuh, rogol, samun berkumpulan, pecah rumah, menyamar penjawat awam serta gangguan seksual.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, semua individu berkenaan diperlukan bagi membantu siasatan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur membabitkan kes yang disiasat mengikut pelbagai seksyen di bawah Kanun Keseksaan serta akta lain.
Katanya, kesemua mereka yang dikehendaki merupakan lelaki warga tempatan berusia diantara 66 sehingga 26 tahun.
Jelasnya, antara individu dikesan dikenali sebagai Low Lye Huat, Ahmad Nazzer Abd Wahab, Billy Leong Li Sun, Magesan Salva Coma, V. Vadivelu Varatharaju, Muhammad Saeful Bahri Imbran dan Muhammad Afiq Safine.
“Kami turut sedang mengesan Annannakais Abdul Rahim dan Muhd. Ammar Haziq Zulkifli, Esvaran Muniandy, Mohd. Fadli Saludin, Andry Heriady Nazari, Sateshwaran Jaintheran, Yap Kah Tatt dan Nor Azam Jemain.
“Individu lain yang turut dikesan Kartik V Manimaran, Ahmad Budiman Mohamad Rosdi, Ha Kuan Min, Meor Zaini Basir, Low Kiat Soon, Tengku Abdul Muien Tengku Al-Faizzam, Rahimafdzi Abd. Rahim, Che Muhamad Faizal Che Hassan dan Hamzah Talib, Rosmadi Shafie,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Fadil berkata, pihaknya turut sedang mengesan Jamil Awang, Kumeresan Ganesan, Ooi Choon Wai, Ravi Kumar Krishnan, Ngai Chan Hong, Mohammad Bhukori, Sarvin Raaj Karthikesu, Sundarasen G. Santhiran, Ibnolhafis Aswad, Muhammad Fikri Ab Jalel dan Muhammad Amiruizat Shamsuddin
“Kes yang disiasat melibatkan kesemua mereka iaitu Seksyen 302, 376, 395, 397, 457, 326, 324, 354, 365 dan 170 Kanun Keseksaan serta Seksyen 3(1) Akta Culik 1961 dan kes di bawah Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau mengenali individu terbabit diminta tampil membantu siasatan,” katanya. – UTUSAN










