KUALA LUMPUR: Mekanisme penyasaran Budi Madani RON95 (BUDI95) yang membolehkan rakyat menikmati subsidi petrol tanpa mengambil kira tahap pendapatan adalah kaedah penyelesaian terbaik bagi memastikan subsidi dinikmati majoriti rakyat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia termasuk cadangan pengapungan harga serta menghadkan subsidi RON95 kepada isi rumah berpendapatan bawah RM13,000 sebulan. Katanya, sekiranya had pendapatan itu digunakan, terlalu ramai rakyat biasa yang bekerja akan terjejas dan kerajaan perlu membelanjakan…










